Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts

13.12.14

Tips Atasi Nafsu Makan

Salam Kasih Sayang Semua,

Seminggu dua ni memang tak berapa sihat. Batuk yang dah berbulan lamanya. Baru je acah-acah nak gi jumpa specialist tetiba 'dia' hilang. Lupa nak minum air 2 liter sehari 'dia' datang balik. Jadi kesihatan ada sedikit terganggu walaupun makan vitamin setiap hari dan jaga pengambilan makanan.

Motifnya nak cerita tu... ye... kita manusia biasa. Jangan ingat makan vitamin atau jaga makan takkan kena sakit. Kena ambil kira persekitaran, weather and who we mingle around with. Itu juga contribute to our welness. Sekurang-kurangnya pengambilan vitamin mengurangkan kesan virus atau bakteria yang singgah dalam badan. 

"Emp... ambik vitamin pun sakit jugak... baik tak payah makan vitamin... buang duit jugak"

Kena ingat kawan-kawan... kita kena ikhtiar atau usaha untuk sihat. Kalau jatuh sakit juga itu semua bukan lagi di bawah aturan kita. Kalau percaya ada tuhan... ingatlah kuasa 'DIA' melebihi segala-gala. Kata kuncinya USAHA. 

USAHA untuk sihat

Selebihnya tawakkal.

Since kdd tak berapa sihat ni... sambil dok saja-saja tu gigih cari tips untuk atasi nafsu makan. Ini semua untuk suami kdd yang masih beratkin dan juga untuk kdd yang makin membesar bagaikan juara ni...

So i found this in kevinzahri.com. Jadi nak jugak masukkan dalam entry diri sendiri so i can refer to it again and again and again and again... (berapa kali again daaaa...)

10 Tips Mengatasi Nafsu Makan
  1. Makan setiap 3-4 jam! 
    Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora;

  2. Minum air sepanjang hari. Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori – jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda!

  3. Senaman memang berkesan. Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape.

  4. Jangan Layan Stress! 
    Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My adice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress …jangan layan!

  5. Elakkan gula substitute 
    Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati.

  6. Jangan biar kebosanan menguasai diri. 
    Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah … sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!

  7. Tidur yang cukup.
    Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.

  8. Buah Epal 
    Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buah-buahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.

  9. Kosongkan peti sejuk. 
    Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang “baik” untuk anda.

  10. Tunggu! 
    Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan bereder. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari.
Nak tambah sikit ni. 

Memang betul apa yang kevin zahri cakap bagi point no 5. elakkan gula subsititute/ gantian. Dah dekat dua minggu suami kdd stop induction... berat terakhir lepas induction ialah 84kg dr 92kg dan dua hari lepas timbang masih 84kg. (selepas 2 minggu stop induction)

Rahsianya... elakkan gula. Dia dah makan nasi... dalam kuantiti yang kecil. Kalau ikutkan dah macam haram Atkins tu... but i have my own diet program for him. Jenis yang suka makan nasi memang susah nak hilang rasa craving for rice hence i sort to trying kevin zahri diet. I don't want to be too rigid on applying atkin diet on him. Because i don't want him to give up.

We will see how it works. Insha allah dah sihat nanti kdd akan paksa suami exercise dgn kdd sama-sama kat jogging track ampang near Kelab Darul Ehsan Golf Club tu. That place has a special place n my heart sebab di situlah bermulanya projek kurus kdd yang banyak memberi kebaikan untuk kami berdua.

Till then.

21.11.14

Projek Kurus Gaya Diet Atkin dan Multivitamin

No... i'm not on atkin diet regime but pretty much involve in it when my other half voiced out his intention to try on that. And I always believe the key to a successful diet to shed few kgs of lemak degil dari badan ialah we must fully equipped with knowledge of the diet we choose and mentally prepared for any side effect during those period.

Minggu lepas which is 11 November to be exact bermula lah diary diet atkin untuk suami saya. To be frank... besar dugaan untuk kurus dan start eating healthy. I printed out DA guide and let my husband read it. The first week wasn't easy. On his part and so my part. Setiap hari saya memerah otak memikir menu yang sesuaiuntuk beliau. Being 'orang sukan makan' nak dipasangkan dengan diet atkin sebenarnya adalah sesuatu yang memerlukan motivasi yang tinggi. Banyak sangat pantang larangnya terutamanya semasa mengikuti Fasa 1 iaitu induction phase kerana fasa ini adalah merupakan fasa paling penting dalam diet atkin.

"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak "
 Excerpt from Bicikut Diet

Kadang-kadang kesian dengan my OH because all of sudden his diet, his eating habits changed to 360 degree. Cuma nasib baik lah dia agak kental melawan nafsu makan walaupun kadang-kadang saya sebagai 'penjaga makan' beliau annoyed with his endless questions like "can i eat this?" "can i eat that?" "when is this phase is going to over?" and many more question that almost drive me nuts.

Some of the menu i prepared for him are:

Breakfast : Telur separuh masak/ Ommelette/

Lunch : Ayam Goreng/ ayam panggang/ Sup Ayam dan Sayur-Sayur goreng, rebus atau stim

Dinner : Chicken/ Beef Teppanyaki / Chicken/ Beef Satey with sunny side up and lots of veges

dan semua menu itu adalah dihidangkan tanpa sebijik nasi!

Satu minggu sudah cukup menguji kesabaran kami berdua. My OH berhadapan dengan cabaran mengekang nafsu makan dan I myself is in the battle too, cracking my head in search of good and delectable recipe for his diet because I don't want him to quit this at week 2 due to limited choices of food.

Hari selasa lepas genap seminggu diet ini berlangsung dan kesannya sangat menggalakkan when he managed to shed almost 6kgs!!! Itupun mulut ni tak henti membebel each time i found out he failed to finish the plain water yang I gigih prepare masuk beg sebagai bekalan ke ofis.